Borang Prospek Pendaftaran Little Abd 2023
Assalamualaikum Tuan Puan yang kami kasihi.
Terima kasih atas minat tuan puan dengan Tadika Little 'Abd.
Kami mahu bercerita tentang hasrat besar tadika kami
Kami bercita-cita mahu melahirkan generasi yang mentauhidkan Allah dan tahu tujuan mereka dihidupkan. Misi tadika kami adalah menanam Tauhid dalam diri anak-anak.
Dengan pengalaman mengajar anak-anak tadika selama lebih 20 tahun, kami telah membina sebuah modul pembelajaran anak-anak bagi mencapai hasrat kami.

Little 'Abd Programme
Program Si Kecil Hamba Allah
Modul kami dibina berdasarkan Surah Al-Fatihah, dalam membina kerangka pembelajaran awal belajar mengenal Allah.
Di tadika, kami mendidik murid-murid untuk mengenal Allah, mengkagumi Allah dan seterusnya menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada Allah. Kami percaya pembangunan iman dalam diri anak-anak perlu disemai bermula sejak kecil lagi kerana mereka masih di dalam fitrah yang suci. Usia anak-anak yang masih awal ini membuatkan mereka lebih mudah tersentuh dan dibentuk.


"Banyak perubahan baik yang saya nampak pada anak saya" - Ibu Sufi

"Anak banyak mengaitkan perkara di sekitar dia dengan Allah" - Ibu murid

"Anak saya sudah pandai membaca dan menghafal surah" - Ibu Anas

"Murid mula rajin membantu di rumah" - Ibu Isyqina dan Imnan
Kami meraikan ibu-ibu, ayah-ayah yang mahu bersama kami untuk sama-sama membina genarasi yang mentauhidkan Allah. Mari isi butiran di bawah untuk pendidikan anak anda bersama kami